Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9 telah memberi penekanan kepada usaha memupuk minda kelas pertama dikalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat berminda kelas pertama merujuk kepada masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Selain itu, masyarakat berminda kelas pertama juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Asas kepada usaha memupuk minda kelas pertama adalah berteraskan keupayaan meningkatkan ilmu pengetahuan seterusnya menggerakkan kreativiti dan inovatif mereka. Penguasaan ilmu dan pengetahuan yang tinggi akan melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama berupaya membantu mempercepatkan lagi segala perancangan dan usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk memajukan negara dalam pelagai bidang tanpa mengabaikan aspek kerohanian.
Ciri-ciri minda kelas pertama yang dikemukakan oleh Jim Canterucci ialah kesedaran kendiri, ingin tahu, fokus dan inisiatif. Empat ciri yang ini juga akan mendorong dan merangsangkan kecerdasan minda untuk saling bekerjasama dalam melihat, menganalisis, menimbang, memilih dan keputusan ditunjukkan melalui tingkah laku. Manusia yang selalu menjana minda adalah manusia yang mempunyai tahap kesedaran kendiri yang tinggi. Dalam situasi sedar, manusia lebih sensitif dan responsif kepada persekitaran. Ini akan membuatkan dirinya sentiasa bersedia untuk sebarang keadaan dan ini juga bermakna ia seorang yang fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kedua, mereka yang bersikap ingin tahu tidak puas mencari jawapan terhadap sesuatu berlaku kepada diri atau persekitaran. apabila seseorang memiliki sikap ingin tahu yang tinggi,maka akan lebih banyak pengetahuan dicari bagi menjawap soalan itu.Sikap ingin tahu juga teras kepada sikap penyayang. Sifat ini sangat penting bagi menggerakkan minda fikir dan minda emosi supaya membuat keputusan terbaik. Ini kerana sifat ingin rahu bukan sahaja mengamil berat tentang orang lain tetapi boleh menjangkakan apa yang mereka mahu dan perlukan.
Disamping itu, sikap fokus terhadap sesuatu isu, perkara dan keadaan juga sangat penting untuk menjana minda dalam membuat satu tanggapan resolusi terhadap sesuatu isu. Sikap fokus ini memerlukan banyak masa dan penjanaan minda. Ini bermakna semakin banyak fokus dibuat semakin banyak pengetahuan dapat dikumpulkan untuk tujuan penyelesaian masalah. Ia juga membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh dan dapat menghasilkan satu minda yanag dinamik dan rasional. Akhirnya, dengan ketiga-tiga ciri ini dapat mencetuskan daya inisiatif melaksanakan sesuatu keputusan yang terbaik yag telah difikirkan. Melalui proses ini, minda dapat dijana dan minda mampu menghasilkan suatu produk yang sangat berkesan.
Sebagai pekerja yang berminda kelas pertama sudah pastinya bukan menghasilkan output yang cemerlang tetapi mampu menghasilkan nilai dn membuat perbezaan signifikan. Antara beberapa tabiat yang boleh terhasil daripada penjanaan minda tersebut adalah tabiat keteguhan dan ketekunan. Mereka yang berjaya menyelesaikan tugasan mereka sehingga selesai, Mereka mempunyai cara yang strategik untuk menganalisis masalah yang meliputi bagaimana untuk memulaka menyelesaikan masalah itu, mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil dan data yang perlu dikumpulkan dan diperoleh. Kedua ialah tabiat mendengar empati. Mereka yang efektif menggunakan masa dan tenaga untuk mendengar. Ahli-ahli psikologi percaya bahawa kebolehan mendengar secara empati dna memahami pandangan pelanggan yang didegar merupakan ciri-ciri mereka yang bijak. Ketiga, adalah tabiat bertanya. Penyelesaian masalah yang efektif mengetahui cara untuk bertanya soalan untuk memenuhi jurang di antara apa yang mereka tahu dan apa yang mereka tidak tahu. Mereka bertanya soalan yang mencakupi pebagai aspek.
Rumusannya, semua manusia yang mempunyai minda yang boleh dijana untuk menjadikan mereka itu manusia yang berbudaya prestasi tinggi. Ini semua bergantung kepada sejauh mana mindanya dijana bagi menentukan hala tuju kehidupan masa kini dan masa hadapan. Penjanaan minda memerlukan satu proses pembelajaran yang berterusan melalui latihan formal dan tidak formal. Justeru itu, untuk membangunkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama, progran dan perancangan yang sistematik diperlukan. Semua pihak perlu menyediakan program dan perancangan pembangunan minda di semua peringkat masyarakat.
No comments:
Post a Comment