
Bulan September kebiasaanya adalah bulan yang amat dinanti-nantikan oleh semua pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) , Matrikulasi dan setaraf dengannya yang mendapat tempat dalam pengambilan universiti. Mereka akan mengetahui keputusan dalam pengambilan universiti sebulan lebih awal utuk mereka membuat segala persiapan sama ada melibatkan sebarang dokumen mahupun keperluan asas.
Pengambilan pelajar baru ke IPT di ambil berdasarkan kecemerlangan pelajar pada peringkat sebelumnya di dalam akademik. Bagi pelajar yang mempunyi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kebiasaannya ditanggug pembiayaannya oleh sesebuah agensi atau universiti dengan syarat mereka perlu membuat permohonan. Sekiranya pelajar tidak mengambil tahu mengenai permohonan tanggunga, akan menjadi satu kerugian yang besar kepada pelajar tersebut. Mereka juga mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri sekiranya pelajar mempunyai usaha yang tinggi dalam akademik.
Suasana belajar di alam universiti jauh lebih berbeza berbanding di alam persekolahan dimana pelajar perlu belajar berdikari dari segi pembelajaran. Tiada lagi istilah 'suap' digunakan dalam nota mahupun latihan. Pelajar haruslah berusaha untuk mendapatkan sendiri segala nota serta latihan bagi sesuatu subjek yang diambil. Pensyarah hanya mampu memberi tunjuk ajar sahaja. Pelajar hrus kerap bertanya kepada pelajar lama untuk mendapatkan segala bahan pembelajaran agar pelajar tidak ketinggalan.
Kehidupan pelajar di alam universiti lebih bebas dan tidak terkongkong seperti mana pelajar di sekolah. Dari segi pakaian, masuk keluar pelajar di kampus dan banyak lagi kerana pengaruh sekeliling dan pengaruh kawan juga akan memberi impak sama ada positif ataupun negatif dalam diri pelajar. Amatlah disarankan untuk pelajar mempunyai jadual harian supaya pengurusan masa yang dilakukan berguna serta tidak membuang masa dengan aktiviti-aktiviti luar yang tidak berkenaan dengan universiti.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti di dalam mahupun di luar universiti amatlah digalakkan kerana kerajaan mahu melahirkan pelajar yang aktif bukan pasif dalam pelbagai bidang. Ini akan memudahkan lagi pelajar apabila selepas mereka bergraduasi, mereka akan mudah untuk mendapat pekerjaan melalui pengaktifan mereka. Pihak organisasi juga mahu mencari pekerja yang boleh mengembangkan lagi organisasi melalui idea-idea yang diberikan.
Kesimpulannya, untuk mendapat tempat di universiti, setiap pelajar harus menanamkan azam yang tinggi sejak dibangku sekolah lagi. Semuanya bermula dari bawah barulah kita akan melihat
hasilnya diatas kelak.
No comments:
Post a Comment